Resepi Kuih Cucur Peneram

Ada pelbagai panggil untuk kuih cucur peneram ini, lucu sungguh. Tetapi ia sangat sedap.  Terutama apabila dimakan ketika ia baru sahaja digoreng dan garing.  Jom kita cuba resepi ini.  



Bahan-Bahan yang diperlukan

  • 4 cawan Tepung Beras
  • 2 cawan Gula Merah
  • 2 cawan Air
  • 1 cawan Gula Pasir
  • 1 cawan Tepung Gandum
  • Minyak masak untuk menggoreng

Cara Membuat Kuih Peneram

  1. Pertama, campurkan Gula Merah, Gula Pasir, dan Air 
  2. Kemudian masak campuran tersebut diatas dapur api yang sederhana hingga gula hancur dan mendidih.
  3. Tapis Air Gula yang masih panas kedalam Tepung Beras kemudian kacau. masukkan Tepung Gandum pula dan kacau lagi hingga sebati. Apabila sudah sebati bentuk menjadi doh dan perap selama 2 - 3 jam.
  4. Selepas diperap, ambil sedikit Doh.  Kemudian bentuk menjadi bulat pakai acuan, kemudian buat lubang ditengah guna jari.
  5. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali tetapi pastikan minyak tak terlalu panas atau kurang panas sebab ianya akan tak jadi cantik, kemudian goreng hingga timbul dan sentiasa balik-balikkan supaya masak sekata.
  6. Dah siap !
  7. Senang sahaja kan. 

0 Response to "Resepi Kuih Cucur Peneram"

Post a Comment