Resepi Krunchy Karamel Almond Italiano

Lagi resepi biskut yang menarik , buat tatapan dan untuk dikongsi pada semua.





Bahan-bahan yang diperlukan
  • 200 gram Tepung Florenta / Bienetta ( cuba cari di supermarket terdekat, pasti jumpa)
  • 200 gram Kepingan Badam
  • 100 gram Kuaci Hijau 
  • 100 gram Kuaci Hitam
  • 20 gram Bijan Hitam
Cara-Cara Penyediaan ( loyang petak)
  1. Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160°C selama 5 minit.
  2. Satukan semua bahan seperti yang tertera di atas ke dalam bekas. Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna.
  3. Sediakan loyang 14×14 inc, alaskan loyang dengan kertas kek sahaja.
  4. Panaskan oven pada suhu 160°C.
  5. Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis.
  6. Bakar dalam oven selama 10 minit.
  7. Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan.
  8. Simpan dalam bekas kedap udara.
  9. Siap!



Bagi yang menggunakan loyang Muffin
  1. Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160°C selama 5 minit.
  2. Satukan semua bahan seperti yang tertera di atas ke dalam bekas. 
  3. Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna.
  4. Panaskan oven pada suhu 160°C 
  5. Guna Non stick muffin pan. 
  6. Letakkan setengah sudu besar didalam setiap lubang muffin pan.
  7. Bakar selama 5-6 minit sahaja. Jangan terlalu lama.
  8. Keluar dari oven biarkan sejuk seketika & terbalikkan diatas dulang. 
  9. Biskut anda akan jadi elok bulat-bulat & keping-keping.
  10. Simpan dalam bekas kedap udara.

0 Response to "Resepi Krunchy Karamel Almond Italiano"

Post a Comment