Resepi Biskut Raya : Biskut Dam Pandan Menguji Kesabaran

Biskut kuih Dam Pandan memang diasing lagi , biskut turun temurun ini sememangnya popular sejak tahun 1980 an lagi.  Mari kita menggembalikan nostagia Biskut Raya ini, sememangnya tiada tandingan dengan biskut-biskut di Alaf baru ini.   



Bahan-bahannya


Bahan Doh Vanilla

  • 500 gram Tepung Gandum
  • 50 gram Tepung Kastard
  • 50 gram Tepung Susu atau Kreamer
  • 380 gram Mentega
  • 150 gram Gula Aising
  • 1 biji Kuning Telur
  • 2 sudu kecil Esen Vanilla

Bahan Doh Pandan

  • 480 gram Tepung Gandum
  • 50 gram Tepung Susu atau Kreamer
  • 380 gram Mentega
  • 100 gram Gula Aising
  • 1 biji Kuning Telur
  • 1 sudu kecil Esen Vanilla
  • 1 sudu kecil Pewarna / Perisa Pandan

Cara-cara membuatnya

Doh Vanilla

  1. Pukul Mentega dan Gula sehingga berkrim. Jangan sampai kembang.
  2. Masukkan Kuning Telur dan Esen Vanilla, gaul rata
  3. Masukkan Tepung yang telah diayak dengan Tepung Kastard dan Tepung Susu dan uli hingga menjadi doh.
  4. Biarkan rehat selama 15 minit.

Doh Pandan

  1. Pukul Mentega dan Gula hinga berkrim. jangan sampai kembang.
  2. Masukkan Kuning telur , Esen vanilla dan Pewarna & Perisa Pandan, gaul rata
  3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama dengan Tepung Kastard serta Tepung Susu dan uli hingga menjadi doh.
  4. Biarkan rehat selama 15 minit.


Kredit Pics : Sea Dragon


Step 2 : 


  1. Ambil Doh Vanilla, canai setebal 1 cm dengan lebar 5" dan panjang 6" (5" x 6" x 1cm).  Buat sebanyak 3 kepingan doh vanilla.  Bungkus dalam kertas minyak atau plastik dan simpan dulu di dalam peti sejuk selama 1 jam.
  2. Ambil Doh Pandan (buat seperti doh vanilla tadi ), canai setebal 1 cm dengan lebar 5" dan panjang 6" (5" x 6" x 1cm).  Buat sebanyak 3 kepingan doh Pandan.  Bungkus dalam kertas minyak atau plastik dan simpan dulu di dalam peti sejuk selama 1 jam
  3. Keluarkan kedua-dua Doh Vanilla dan Doh Pandan.  Susun berindih selang-seli.
  4. Ukur Doh Pandan dan Doh Vanilla selebar 1 cm dan tandakan kepada 10 kepingan (stripes).  Kemudian potong sehingga mendapat 10 kepingan Doh Pandan dan 10 kepingan Doh Vanilla.
  5. Susun bertindih (3 keping) berselang warna menjadi sebatang-sebatang dan balut/bungkus dengan kertas minyak atau plastik dan simpan dalam peti sejuk sehingga menjadi keras sedikit.
  6. Keluarkan dari peti sejuk dan potong setiap batang setebal 1 cm.  Buat sehingga habis semuanya
  7. Susun dalam loyang yang telah digris dan bakar pada suhu 140 deg Celcius selama 25 minit.  Jangan bakar terlalu lama sehingga Doh Vanilla keperangan kerana tidak dapat hasil yang kontras antara warna Vanilla dan Pandan.
  8. Selamat mencuba

0 Response to "Resepi Biskut Raya : Biskut Dam Pandan Menguji Kesabaran"

Post a Comment