Resepi Sayur Petola Tumis Air


Bahan-bahan yang diperlukan :-

  • 1 biji Sayur Petola
  • 2 biji Ubi Kentang
  • 1 peket Suun/Fucuk
  • 1 biji Telur
  • Air *secukupnya
  • 2 biji Bawang Merah*ditumbuk lumat
  • 2 ulas Bawang Putih *ditumbuk lumat
  • segengam Ikan Bilis atau Udang Kering *direndam seketika
  • Serbuk Maggi cukuprasa *secukupnya

Cara-cara untuk menyediakannya

  1. Bersihkan sayur petola , kupas permukaan kulit yang keras dan potong.
  2. Sementara itu, rendam suun dan fucuk sehingga kembang.
  3. Kemudian, kupas kulit ubi kentang dan potong empat
  4. Setelah selesai, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga wangi
  5. masukkan ikan bilis atau udang kering yang telah direndam.
  6. Kemudian, masukkan air , biarkan ia berkuah dan mendidih.
  7. Masukkan Ubi kentang, biarkan ia menjadi empuk.
  8. Selepas itu, masukkan sayur petola
  9. Perisakan dengam serbuk maggi cukuprasa
  10. Masukkan Telur, Suun dan Fucuk, kacau seketika dan boleh padamkan api dapur.
  11. Siap dan sedia untuk dihidang. 





0 Response to "Resepi Sayur Petola Tumis Air"

Post a Comment