Resepi Gulai Labu Masak Lemak Kuning


Cara-cara untuk memasak Gulai Labu Masak Lemak Kuning.



Bahan-Bahan yang diperlukan:-

  • 4 Ruas Labu kuning - potong kecil
  • 2 cawan Santan pekat
  • 2 tangkai Cili Padi
  • Garam secukupnya
  • 2 batang Serai - dititik
  • Daun kunyit - dicarik
  • 1 biji Bawang besar - hiris
  • 1 cawan air

Bahan-bahan lain untuk ditumbuk

  • 3 biji Bawang Merah
  • Segengam Ikan Bilis- boleh juga gunakan Udang Kering
  • 1 inci Kunyit Hidup *jika tiada, boleh guna serbuk kunyit.

Cara-cara untuk menyediakannya :-

  1. Pertama, didihkan air secukupnya bersama labu sehingga empuk. Kemudian masukkan . 
  2. Apabila Labu sudah lembut, masukkan Santan, Daun kunyit, Cili Padi, Bawang merah, Serai dan bahan tumbuk kedalam rebusan tadi. 
  3. Kemudian, masak menggunakan api perlahan supaya santan pekat mendidih dengan baik.
  4. Jika mahu masukkan Udang, sotong atau sebagainya boleh masukkan ketika ini. 
  5. Perisakan dengan Garam secukupnya.
  6. Kacau dengan kerap supaya kuah tidak berketul tapi mesti berhati-hati supaya labu tidak hancur
  7. Apabila sudah mendidih, boleh la padamkan api dapur.
  8. Siap untuk dihidang. 

0 Response to "Resepi Gulai Labu Masak Lemak Kuning"

Post a Comment