Resepi Tradisi Terengganu Kuih Ulat Bulu

Di Utara Malaysia , susah nak jumpa Kuih Ulat Bulu aka Kuih Kepompong, yang kebiasaannya dijual hanya dibulan ramadan sebagai juadah berbuka.  Kuih tradisi rakyat Terengganu, lebih chewy (kenyal) kerana dihasilkan daripada tepung pulut , berinti isi kelapa muda yang bersira atau kacang merah dan luarannya dibaluti dengan parutan kelapa muda .  Jadi hari ini, Admin rasa nak sharekan resepi dan cara-cara untuk membuat kuih tradisi ini. Selamat mencuba. 




Bahan-bahannya :-

  1. 500 gram Tepung Pulut
  2. 50 gram Tepung Gandum
  3. 1 sudu besar Air garam
  4. 1 mangkuk Air pandan - daun pandan yang dikisar bersama air 
  5. 250 gram Kelapa muda parut - digunakan diakhir proses 
  6. 2 liter air - untuk merebus
  7. Garam - secukup rasa
Bahan-bahan untuk membuat Inti kelapa sira :-
  1. 250 gram kelapa parut
  2. 2 ketul gula melaka
  3. 2 cawan air
Masukkan kesemua bahan membuat inti , kacau hingga kembang dan sebati -  jangan biarkan ia menjadi terlalu kering. 





Langkah-langkahnya membuat Kuih Ulat Bulu :


  1. Satukan Tepung Pulut bersama Tepung Gandum di atas dulang besar
  2. Tuangkan Air garam dan Air pandan keatas tepung adunan
  3. Uli tepung sehingga menjadi doh 
  4. Golekkan adunan dan bentukkan menjadi seakan ulat bulu
  5. Lenyekkan dan masukkan inti ditengahkan adunan doh ( Kelapa sira  / Kacang merah / Coklat ) - bergantung kepada kegemaran individu .
  6. Klipkan semula doh dengan rapat - pastikan bentuk seakan ulat bulu masih kekal.
  7. Panas air di dalam periuk, rebuskan adunan kuih sehingga timbul dipermukaan air.
  8. Tos dan Gaulkan sedikit garam pada kelapa parut.
  9. Golekkan adunan diatas kelapa parut tadi.
  10. Akhirnya, sudah siap. Selamat mencuba resepi yang ringkas ini. 



0 Response to "Resepi Tradisi Terengganu Kuih Ulat Bulu"

Post a Comment