Resepi Snek Kacang Kuda Berapi

Jom kita cuba masak snek kacang kuda yang sihat tapi pedas sedikit hari ini, sebelum itu mari kita kenali khasiat kacang kuda ini.   Kacang kuda  yang dalam Bahasa Inggeris nya dikenali sebagai Chick peas, merupakan sejenis kacang yang memiliki pelbagai khasiat yang menakjubkan , Ia dikatakan dapat meningkatkan kekuatan tulang , membantu melancarkan sistem pencernaan, mengawal dan mengekal kestabilan paras gula dan kolestrol dalam darah. Walaupun mempunyai pelbagai khasiat, kacang kuda boleh mendatangkan kesan sampingan seperti ketidakselesaan perut bagi sesetengah orang yang perut sensitif .  hehe.. okay, jom kita mulakan

kredit to kedaimaksu


Bahan-bahan

  1. 500 gram Kacang Kuda - rendam semalaman
  2. 3 Sudu besar Cili giling
  3. 3 Ulas Bawang Merah - ditumbuk lumat
  4. 3 Ulas Bawang Putih - dihiris nipis
  5. Beberapa Helai Daun Kari
  6. Garam dan Gula secukup rasa

Cara-cara 

  1. Basuh kacang kuda dan rebus ia sehingga empuk
  2. Tumiskan semua bahan bersama daun kari sehingga naik bau yang enak 
  3.  Masukkan kacang kuda dan gaul
  4. Tambah garam dan gula secukup rasa, kacau sehingga sebati.
  5. Dah siap, Selamat mencuba ;)



0 Response to "Resepi Snek Kacang Kuda Berapi"

Post a Comment