Resepi Sagon Kelapa

Sagoon atau Sagun adalah sejenis snek ringan yang sudah tercipta sejak turun temurun lagi. Snek nostagia ini amat popular dimakan pada era 80an, dimana pada waktu itu  kek, waffel, cheese tart, roti bun masih belum menjadi snek ringan yang dikomersilkan.   Ramuan Sagoon ini sangat ringkas , ianya terdiri daripada campuran kelapa parut, tepung dan sedikit gula. Kemudian serbuk sagoon ini dibungkus didalam plastik ais krim malaysia atau kertas panjang .  Mari kita mengamit kembali, kenangan bersama sagoon, agar generasi kini dapat merasainya.

sumber dari google



Bahan-bahan:
  1. 200gram Tepung Beras
  2. 50gram Tepung Pulut
  3. 1 Biji Kelapa Parut
  4. 100gram Gula pasir
  5. Garam
Cara-cara membuat sagoon: 
  1. Panaskan kuali yang pertama dan bersedia untuk menggoreng tanpa minyak
  2. Goreng kelapa parut hingga garing dan wangi - kacau berterusan
  3. Padamkan api dapur, apabila kelapa parut sudah wangi dan kering 
  4. Kemudian panaskan, kuali kedua dan bersedia untuk menggoreng tanpa minyak 
  5. Goreng tepung beras dan tepung pulut dengan api yang perlahan selama 10-15minit - kacau berterusan
  6. Langkah seterusnya,masukkan kelapa parut yang sudah digoreng tadi bersama 100 gram gula pasir dan sedikit garam. Gaul kesemua bahan hingga sebati (selama 5minit) 
  7. Sejukkan seketika, kemudian masukkan adunan sagoon ke dalam pengisar, 
  8. Kisarkan sagoon sepintas lalu, agar sagoon tidak terlalu kasar atau tidak terlalu halus (sedang-sedang sahaja)
  9. Masukkan ke dalam plastik aiskrim malaysia supaya mudah untuk dimakan.





0 Response to "Resepi Sagon Kelapa "

Post a Comment