Anda suka makan
cendawan? atau di setengah tempat menggelarkan ia sebagai "Kulat" . Saya pasti ramai di luar sana yang gemarkan hidangan yang beasaskan
cendawan tetapi kurang arif tentang jenis dan nama-nama
cendawan yang ada. Melalui kajian Wikipedia terdapat lebih 1.5 juta spesis cendawan di dunia ini, dan lebih kurang 140 jenis daripadanya beracun dan tidak selamat untuk dimakan. Antara jenis-jenis
cendawan yang lazim digunakan dalam perubatan dan masakan ialah
Cendawan Tiram , Cendawan Butang, Cendawan Enoki ( Jarum Emas), Cendawan Shiitake, Cendawan Ling Zhi, Cendawan Crab Meat, Cendawan abalone dan lain-lain lagi. Sudah terbukti c
endawan bukan sahaja enak dimakan, ia juga bagus untuk kesihatan. Ia dapat mengurangkan kandungan gula, berperanan sebagai agen mempertahan badan dari serangan barah, menambahkan insulin semulajadi di dalam darah. Maka, Tidak rugi kita mencuba resepi
cendawan enoki yang ringkas ini. Selamat mencuba.
|
Cendawan Enoki |
Bahan-bahannya:
- 2 Bungkus Cendawan Enoki
- 1 Biji Telur - dipukul
- Tepung Serbaguna Bestari (Perisa Asli / Pedas)
- Minyak Masak - kuantiti untuk menggoreng
- 1 sudu besar Gula
Cara- Caranya:
- Basuh cendawan enoki , kemudian tos
- Pukul telur bersama-sama gula - hingga gula larut
- Masukkan cendawan enoki ke dalam telur
- Panaskan minyak dan sedia untuk menggoreng
- Golekkan cendawan ke atas tepung serbaguna
- Kemudian goreng cendawan hingga kuning kemasan
- Angkat dan toskan daripada minyak
- Sedia untuk disajikan bersama sos cili/sos thai
0 Response to "Resepi Cendawan Jarum Emas Celup Tepung"
Post a Comment