Resepi Homemade Tau Fu Fah

Tau-fu-fah adalah satu chinese dessert yang berkhasiat, berasaskan kacang soya telah semakin popular dikalangan semua peringkat umur serta segenap kaum di Malaysia, disamping ia  amat sesuai dimakan suam-suam.  Mari kita tengok resipi dan cara-cara untuk membuatnya yang sangat ringkas, mudah serta untuk kuantiti yang sikit

 

Bahan -bahan & Perkakas yang digunakan

  1. 150 gram - Kacang Soya 
  2. 1000 ml - Air 
  3. 1 sudu teh : GDLpowder / gypsum powder/ sekko (semua nama seangkatan dengannya - boleh dpt di kedai2 bahan kek atau pastry
  4. 1 1/2 sudu besar : Tepung Jagung
  5.  1/2 cawan : Air Suam
  6. 2 helai : Daun Pandan
  7. Penapis kain , bekas kedap udara dan tahan panas

Bahan - Bahan untuk membuat Air Gula Merah

  1. Seketul gula melaka - dihiris tipis 
  2. 1 cawan : Gula Pasir
  3. 3 cawan : Air 
  4. Sehelai : Daun Pandan

Cara-caranya 

  1. Basuh biji kacang soya dengan bersih dan rendam ia selama 4 jam
  2. Selepas 4jam , basuh kacang soya dan ramas sehingga kulit kacang soya tersebut tertanggal, kemudian masukkan kacang soya dan air didalam pengisar, dan kisarkan
  3. Kemudian, tapis dan perah kacang soya yang telah dikisar dengan menggunakan penapis kain
  4. Masak air soya bersama 2 helai daun pandan. 
  5. Masak sehingga 20 minit dan biarkan ia betul-betul mendidih. 
  6. Sentiasa kacau  untuk mengelakkan bahan menjadi hangit dan membuak
  7. Sementara menunggu air kacang soya itu masak, bancuh sekko, tepung jagung bersama air suam (Bancuhan sekko)
  8. Setelah itu,  masukkan bancuhan sekko tadi ke dalam bekas kedap & serta tahan panas
  9. Curahkan air kacang soya yang sudah mendidih tadi kedalam bekas yang berisi bancuhan sekko.
  10. Cedok buih yang timbul dipermukaan tdi dengan segera agar ia tampak rata dan sekata.
  11. Tutup bekas dengan segera & biarkan ia selama sejam
  12. Barulah ia sedia untuk dihidangkan bersama air sirap gula merah

0 Response to "Resepi Homemade Tau Fu Fah "

Post a Comment