Resepi Asam Pedas Ikan Pari

Resepi untuk nubis-nubis yang baru nak berjinak-jinak ke dapur, hari ini saya nak kongsikan Resepi Assam Pedas Ikan Pari . Bahan-bahan yang diperlukan sangat mudah didapati dan  untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit.  Sesuai dijadikan menu hidangan pada waktu makan malam, kerana ianya tidak bersantan. Jom kita tengok apa bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara penyediakannya. 

Bahan A : 
  • 500 Gram Ikan Pari ( dibersihkan )
  • 5-7 Biji Kacang Bendi
  • 1 Biji Tomato ( dipotong 4 )
  • 1/2 Cawan Air Asam Jawa
  • 5 Tangkai Daun Kesum 
  • 1 Daun Kantan
  • 3 Cawan Air
  • Minyak Masak
  • Garam *secukup rasa
Bahan B ( Dikisar ) :
  • 20 Tangkai Cili Kering
  • 1 Biji Bawang Besar
  • 3 Biji Bawang Merah
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 1 Sudu Kecil Serbuk Kunyit
Cara Memasak :
  1. Panaskan Minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dan berbau wangi
  2. Kemudian, setelah bau wangi masukkan Air Asam Jawa dan juga Air. Renehkan sehingga mendidih.
  3. Masukkan Ikan, Kacang Bendi dan Daun Kesom & Kantan, Kacau dan biarkan ia sehingga mendidih sekali lagi.
  4. Masukkan Tomato dan Garam , perlahankan api, biarkan sehingga pecah minyak , kuahnya likat dan sayur lembut.
  5. Dah siap, cepatkan . Sekejap sahaja, boleh la dihidangkan bersama Nasi Putih. 

0 Response to "Resepi Asam Pedas Ikan Pari "

Post a Comment