Resepi Laicikang Kembang Semangkuk

Cuaca panas terik ini, jom kita tengok resepi ini, manalah tahu bahan-bahan dia ada didapur, kalau tidak pun, boleh simpan, nanti bila pergi kedai boleh beli bahan-bahan resepi Laicikang ini. Selalu dekat kedai dijual dalam peket lengkap ada bahan-bahan untuk buat Laicikang. Mudah sahaja nak sediakan air penyejuk badan ini. Ia juga boleh dihidangkan secara sejuk ataupun suam. 
Bahan-bahannya :
  • Kembang Semangkuk (direndam sehingga kembang)
  • Getah Anggur (direndam sehingga kembang)
  • Barli (direbus sehingga empuk)
  • Lengkong atau Cincau
  • Nata de coco 
  • Biji Selasih (direndam dengan air panas sehingga kembang)
  • 1 Tin Laici bersama airnya
  • Kismis
  • Kacang
  • Gula secukupnya
  • Ais batu

Cara-caranya :
  1. Bancuh Air Gula dan masukkan kesemua bahan ke dalam bekas.
  2. Kacau sehingga rata.
  3. Sedia untuk dihidang. Enak dinikmati ketika cuaca panas.
  4. Boleh juga dinikmati secara suam, untuk kesihatan

0 Response to "Resepi Laicikang Kembang Semangkuk"

Post a Comment