Tepung Torak adalah kuih tradisi yang terkenal dikalangan rakyat negeri di Utara Malaysia, rasanya berlemak manis dan manis dapat menawan selera mereka dikala terbitnya matahari ( Sarapan) . Biar pun telah pudar dari pandangan kerana ditenggelam dengan kepelbagaian kuih-kuih moden , Masih ada lagi permintaan dan segelintir rakyat malaysia yang masih membuat kuih ini secara kecil-kecilan dan dijual di pasar malam, pasar tani dan bazar ramadan. Jom kita tengok resepi ini, mana tahu bila kempunan nanti boleh cuba buat.. =)
sumber dari google |
Bahan-bahan utama :
- 1 Cawan Tepung Beras
- 2 Cawan Santan
- 1/2 Cawan Gula
- Air Daun Pandan - asli
- Air Kapur
- Garam *secukup rasa
- Daun pisang
- Tali / Getah
Cara membuatnya:
- Pertama, campurkan Tepung Beras , Santan, Air Daun Pandan, Gula, Air kapur dan juga Garam ke dalam periuk.
- Kacau adunan di atas dapur, dengan api yang sederhana sehingga sebati dan lekat.
- Setelah sebati, sejukkan seketika.
- Sementara itu, boleh ambil Daun pisang dan gulungkan dengan kayu bulat untuk dibuat kelongsong/torak.
- Punjut di sebelah bawah dengan mengikatnya dengan tali atau getah.
- Tuang adunan ke dalam torak.
- Punjut di sebelah atas dan ikat dengan tali.
- Rebus torak di dalam air hingga masak.
0 Response to "Resepi Kuih Tepung Torak Tok Wan"
Post a Comment