Resepi Kerabu Pucuk Paku Kerang

Amacam nak cuba tak? Buat resepi kerabu pucuk paku ini, Selamat Mencuba. 



Bahan-bahan utama:
  • Kerang (separa rebus/steam)
  • 1 Ikat Daun Pucuk Paku (separa rebus/steam)
  • Taugeh  - (separa rebus/steam)
  • 1-2 Limau Nipis
  • 3 Biji Bawang Merah (dihiris)
  • 1 Cawan Santan (pekat)
  • 3 Sudu Besar Kerisik
  • Garam dan Gula
Bahan-bahan untuk dikisar:
  • 5 Batang Serai
  • 1/2 Inci Halia
  • 1 inci Lengkuas
  • 5-6 Tangkai Cili Padi
  • Belacan Bakar
Cara-cara untuk membuat Kerabu Pucuk Paku Berkerang :
  1. Rebus atau steam seketika satu persatu Pucuk Paku, Taugeh, dan Kerang *jangan terlalu lama nanti akan lembik dan berair
  2. Tos dan biarkan seketika
  3. Sementara itu, Kisarkan bahan-bahan untuk dikisar 
  4. Tuangkan bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam mangkuk yang besar, 
  5. Kemudian masukkan Kerisik , Air Perahan Limau Nipis, Santan, Bawang, Garam dan Gula
  6. Selepas itu, barulah masukkan Pucuk Paku, Taugeh dan Kerang. Sila gaulkan kesemua bahan hingga sebati rasanya.  
  7. Sedia untuk dihidang. Pasti berselerakan, boleh juga dimakan begitu sahaja atau dimakan bersama nasi. 


0 Response to "Resepi Kerabu Pucuk Paku Kerang"

Post a Comment