Resepi Sambal Kuinin Pembuka Selera

Okay , hari ini saya kongsikan lagi resepi Sambal Pembuka Selera iaitu Sambal Kuinin yang Manis, Masam, dan Pedas.. Dengar nama menu pun, sudah kecur air liur kan.. Sebelum itu, Mari kita bezakan antara Buah Mempelam dengan Buah Kuinin, Buah Kuinin atau kuini ialah dari spesis pokok buah mempelam atau mangga. Buahnya berbentuk bulat kecil dan apabila masak kulitnya tetap berwarna hijau. Tanda buah kuinin yang masak ialah buahnya akan luruh ke tanah dengan sendirinya. Buah ni mempunya bau harum dan manis.  Oleh itu, ia sesuai dijadikan bahan untuk menambah perisa keenakan sambal. Jom kita cuba resepi ini. 


Aturcara membuatnya


Bahan-Bahannya : 
  • 1 Biji Buah Kuinin
  • 15-20 Cili Padi
  • Garam
  • Belacan dibakar
Cara-caranya :
  • Kupas buah Kuinin dan recik isi buah kuinin 
  • Masukkan Cili Padi ke dalam lesung batu, kemudian tumbuk sehingga lumat
  • Masukkan Buah Kuinin, Sedikit Belacan dan Garam*secukup rasa ke dalam lesung batu.
  • Tumbuk seketika kesemua, dan Gaulkan sebati.
  • Dah siap, sedia untuk dicolek..dengan ikan bakar, ulam-ulaman, ikan rebus goreng 










0 Response to "Resepi Sambal Kuinin Pembuka Selera "

Post a Comment