Selalu ayam goreng di restoran mamak memang bikin ketagih, Mudah sahaja cara-cara untuk menggorengnya, perlu lagi kita bersusah payah pergi ke kedai. Jom kita cuba resepi Ayam Goreng ini, rasanya pun seakan Ayam Goreng MCD. haha..tak percaya, cuba lah
Bahan-bahannya:
- 1/2 Ekor Ayam
- 6 Sudu Besar Tepung Jagung
- 6 Sudu Besar Tepung Beras
- 3 Tangkai Daun Kari
- Pewarna Masakan *merah
Bahan untuk dikisar:
- 6 Biji Bawang Putih
- Sedikit Air
- 2 inci Halia
- 5-10 Tangkai Cili Kering *ikut tahap kepedasan masing-masing
- 2 Sudu Besar Rempah Kari *Babas
- 1 Sudu Besar Serbuk Lada Sulah
- 1 Sudu Jintan Putih
- 1 Biji Telur *size A
- Garam *secukup rasa
Cara-cara penyediaannya:
- Kisarkan kesemua bahan-bahan untuk dikisar.
- Sementara itu, boleh basuh dan bersihkan Ayam
- Perapkan Ayam dengan Bahan-bahan yang telah dikisar itu, Titikkan beberapa titik Pewarna Merah, Masukkan juga Tepung Beras dan Daun Kari.
- Biarkan dalam 60 minit, lagi lama korang perap lagi sedap la sebab kelazatan dan khasiat telah meresap ke dalam daging Ayam
- Setelah menunggu Ayam diperap selama 60 minit atau lebih, Anda bolehlah memanaskan Minyak ke dalam kuali,
- Dan awak boleh menggoreng Ayam sehingga masak dan menjadi bertukar warna menjadi jingga.
- Siap untuk dijamu selera, boleh makan begitu sahaja atau makan bersama lauk pauk tengahari yang lain.
- Selamat Mencuba , Jika suka akan resepi ini. Bolehlah share atau save untuk rujukan dimasa hadapan.
0 Response to "Resepi Ayam Goreng Mamak Power"
Post a Comment