Resepi Ayam Pandan Mewangi

Hari ini rasa rajin sikit, selepas ambil sikit daun pandan untuk buat air sirap. Macam terambil lebih daun pandan, So apa kata kita try resepi Ayam Pandan ini, macam buat satay je cuma kita balut Ayam yang di marinate / diperap dengan rempah yang ringkas dengan Daun Pandan , kemudian kita Bakar/Grill atau Goreng.

Nak Sihat, Kita Bakar
Nak Sedap, Kita Goreng
Nak Malas, Kita Beli..hehehe..

Selepas digoreng





  1. 2kg Isi ayam dipotong dadu dan kecil (ambil bahagian peha, kepak, dada, )
  2. 3 Batang Serai (ditumbuk lumat)
  3. 5 Ulas Bawang Merah (ditumbuk lumat)
  4. 5 Ulas Bawang Putih (ditumbuk lumat)
  5. 2 Inci Halia (ditumbuk lumat)
  6. 2 Inci Kunyit Hidup (ditumbuk lumat)
  7. 2 Sudu Besar Rempah Ketumbar 
  8. 1 Sudu Besar Jintan Manis
  9. 1 Sudu Besar Minyak Bijan
  10. Garam 
  11. Gula
  12. Daun Pandan & Lidi Tooth pick untuk membungkus *cari daun yang lebar

Cara-caranya
  1. Gaul semua bahan di dalam sebuah bekas kecuali daun pandan. Perap selama sejam. Sedia untuk dibalut.
  2. Masukkan / Sumbat 2-3ketul ke dalam daun pandan.
  3. Balut sama seperti membalut ketupat palas. 
  4. Sedia untuk digoreng / dibakar atau dikukus. 
  5. Sedap dicicah dengan sos Ala Thai..
  6. Tips untuk simpan buat frozen , Kukus selama 10minit dan simpan dalam peti sejuk  
  7. Kalau nak makan, boleh goreng/bakar panas-panas.

0 Response to "Resepi Ayam Pandan Mewangi"

Post a Comment