Resepi Samosa Ayam Gila Kentang

Petang-petang ini musim hujan , banyak idea kreatif yang datang untuk mengisi kekosongan dan kelaparan Sang Perut.. hehe..okay, mari kita buat Samosa nak? Bahan-bahan pun senang sahaja nak cari.




Bahan-Bahan
  1. Kulit Popia
  2. Minyak Masak
  3. Ubi Kentang *di potong dadu
  4. Ayam Cincang *boleh digantikan dengan Daging atau Sayur-mayur
  5. Bawang Putih
  6. Bawang Besar 
  7. Serbuk Kari Babas *Perisa Daging 
  8. Garam , Gula & Perisa *Secukup Rasa
  9. Air Secukupnya
  10. Putih Telur ( untuk buat gam)
  11. Daun Kari * aroma
Cara-Cara untuk membuat inti :
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar & bawang putih yang telah ditumbuk/ di potong .
  2. Masukkan serbuk kari dan sedikit air. Masukkan gula. Tumis sekejap sehingga berubah warna.
  3. Masukkan daun kari 
  4. Masukkan ayam/ daging yang telah dicincang. Gaul sehingga rata. 
  5. Masukkan kentang yang telah dipotong dadu.
  6. Masukkan air bagi elakkan kentang hangus.
  7. Masak sehingga kentang dan ayam/ daging menjadi lembut , kering sedikit dan betul-betul empuk bagi menghasilkan inti yang sangat sedap. 
  8. Masukkan garam & perisa.
Cara-cara melipat kulit samosa
  1. Ambil kulit popia, dan gulung inti menjadi samosa bentuk tiga segi. Dan gamkan kulit popia bahagian last bagi melekat dan tidak terbuka. ( Cara menggulung ada dilampirkan gambar di bawah ) 
          2. Panaskan minyak masak, dan goreng sehingga garing.



0 Response to "Resepi Samosa Ayam Gila Kentang"

Post a Comment