Resepi Biskut Gula Bakar

Sudah lama tidak makan Biskut legend ini kan? ..Ala sangat senang untuk dibuat, Jom kita buat bersama anak-anak dirumah, sudah tentu mereka sangat teruja. 




Bahan-bahannya 

  • 10 Keping Roti Tawar / Roti Putih atau Roti Gardenia 
  • 3 Sudu Besar Planta
  • 40 gram Susu Pekat
  • Gula Pasir - Secukupnya

Cara-cara membuatnya 

  1. Potong bahagian tepi kulit Roti.  - terpulang pada masing-masing jika tidak mahu potong
  2. Masukkan Susu Pekat kedalam mangkuk yang berisi Planta, gaul hingga sebati
  3. Kemudian sapukan kombinasi adunan Planta dengan Susu tadi pada permukaan Roti
  4. Taburkan Gula Pasir secukupnya
  5. Kemudian , bakar kan Roti selama 20-25minit - sehingga kuning keemasan dan ranggup, bergantung kepada jenis oven yang digunakan
  6. Enak dimakan bersama minuman panas diwaktu minum petang.
  7. Selamat Mencuba.

0 Response to "Resepi Biskut Gula Bakar"

Post a Comment