Resepi Buah Tamar Celup Tepung

 Ada juga diantara kita yang tidak gemar makan buah kurma macam begitu sahaja, cuma sekadar memenuhi tuntutan sunnah, makan la sebiji..Jadi para isteri dan ibu boleh cuba pelbagaikan resepi buah tamar ini seperti digoreng, di buat Jem. Resepi seperti nak goreng pisang cuma diolah ikut kuantiti kurma.


Bahan-bahan ringkas yang perlu disediakan adalah : 

  1. Buah Kurma tanpa biji
  2. Sedikit Air
  3. Tepung Gandum
  4. Tepung Jagung
  5. Serbuk Kunyit
  6. Garam
  7. Minyak Masak *menggoreng

Cara-cara yang ringkas untuk menyediakannya 

  1. Bancuhkan Tepung Gandum bersama tepung jagung serta serbuk kunyit sedikit air.
  2. Tambah secubit garam
  3. Celupkan buah kurma ke dalam adunan tepung
  4.  dan goreng didalam minyak yang banayak dan panas.
  5. Siap.





0 Response to "Resepi Buah Tamar Celup Tepung "

Post a Comment