Resepi Coleslaw Ala-ala KFC

Coleslaw KFC memang sedap, Anak-anak kita yang tidak gemar makan sayur pun, boleh jadi suka makan Coleslaw KFC. Ermm Nak Tahu Macamana nak buat Coleslaw macam ala-ala KFC punya? Jom kita intai resepi bawah ni. 
Gambar Google


Bahan-Bahannya adalah 
1/4 Sayur Kobis *dicincang kasar
4-5 Sudu Besar Mayonis
2 Sudu Besar Jus Lemon *secukup rasa
1 Batang Lobak Merah *diparut
1/4 Cawan Susu Cair
1 Sudu Besar Gula Putih
Garam *secukup rasa

Serbuk Lada Hitam *secukup rasa

Cara-cara untuk menyediakan Coleslaw :

  1. Campurkan Jus Lemon, Mayonis, Garam, Gula dan Susu Cair ke dalam satu mangkuk yang size sederhana.  Kacau hingga sebati dan sama rasa
  2. Setelah sebati, masukkan Kobis yang dicincang kasar  dan juga parutan Lobak Merah
  3. Taburkan Serbuk Lada Hitam dan Gaulkan sehingga semua bahan sekata.
  4. Jika coleslaw kering , tambahkan sedikit Mayonis lagi. 
  5. Tetapi jangan terlalu banyak Mayonis kerana nanti coleslaw akan terlalu berair..sbb Sayuran kan mengeluarkan air 
  6. Yeay, Dah boleh try buat terus resepi buat Coleslaw ini kan
  7. Selamat Mencuba


0 Response to "Resepi Coleslaw Ala-ala KFC"

Post a Comment