Resepi Sambal Sotong Sumbat Telur

Tentu penat dan buntu para isteri yang seharian bekerja, Balik rumah terus ke dapur , buka peti sejuk sudah sedia ada apa bahan-bahan yang sesuai untuk disediakan.. Yang penting, ringkas, sedap, cepat dan bahan-bahan cukup .Kalau ada sotong yang sudah defrost tu, mari kita cuba resepi Sambal Sotong Sumbat ini. Mesti Kaw-kaw punya.

Via Resepi Memikat hati keluarga

Langkah-langkahnya
Ramuan-ramuannya adalah seperti berikut:-
Untuk Membuat Inti 

  • Bahan-bahan untuk Membuat Inti Telur
    • 2 Biji Telur Ayam *Size A
    • Lobak Merah *dipotong dadu / kecil
    • Isi Udang *dicincang
    • Garam *secukup rasa
    • Serbuk Lada Sulah
    • Minyak Masak *untuk menggoreng
    • 3-5 Batang Pencungkil Lidi / Tooth pick
  • Cara-cara memasak Inti Telur
    • Campurkan semua bahan dan goreng hancur
    • Setelah masak, sumbatkan bahan-inti telur kedalam Sotong
    • Tutupkan dan cucukkan dengan lidi pada permukaan hujung Sotong 
Untuk Membuat Sambal Sotong
  • Bahan-bahan untuk membuat Sambal
    • 3-5 Ekor Sotong *Size Besar
    • 2 Biji Bawang Merah *dikisar
    • 2 Biji Bawang Putih *dikisar
    • 1 Biji Bawang Besar * Dihiris bulat
    • 3 Sudu Besar Cili *dikisar
    • 2 Sudu Besar Sos Cili
    • Garam & Gula *secukup rasa
    • Air Asam Jawa *sedikit/agak-agak
    • Daun Kari * terpulang pada individu
  • Cara-cara untuk menyediakan Sambal 
    • Pertama, Tumiskan Bawang Merah, Bawang Putih yang dikisar tadi sehingga berwarna kuning-kekuningan dan naik bau wangi. 
    • Setelah berbau wangi, masukkan 3 Sudu besar Cili Kisar dan kacau sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan Sos Cili.
    • Pada mereka yang suka masakan ini berkuah, masukkan sedikit air
    • Setelah mula mengelegak, masukkan Sotong yang disumbatkan dengan telur
    • Biarkan masakan mendidih sekali lagi
    • Taburkan Garam & Gula secukup rasa dan masukkan jus Asam Jawa *sesedap rasa
    • Kemudian, masukkan Daun Kari dan Bawang Besar yang telah dipotong bulat-bulat tadi. Gaul perlahan-perlahan agar semua permukaan masakan sekata. 
    • Dah siap pun, senang sahaja kan resepi Sotong Sumbat ini.
    • Selamat Mencuba

Kredit: Resepi Memikat Hati Keluarga

0 Response to "Resepi Sambal Sotong Sumbat Telur "

Post a Comment