Resepi Golden Ball Sushi

Jom Masak Telur Rebus selera orang Jepun, hehehe..senang sahaja..
Bahan-bahan pun senang sahaja didapati. 






Bahan-bahan yang diperlukan :

Bahan Utama
Telur Ayam * Size A 
Minyak Masak

Bahan Untuk Menyalut
Telur Ayam *dipukul
Tepung Tempura
Bread Crumb *secukupnya
Garam *secukup rasa

Bahan Untuk Topping
Filamen Crabstick
Mayonis

Cara-cara untuk memasak :

  1. Didihkan Air dan rebuskan Telur Ayam sehingga masak *15 minit
  2. Kemudian, tosdan biar ia seketika untuk sejuk
  3. Selepas itu, kupaskan kulit telur
  4. Celupkan Telur rebus tadi ke dalam bekas yang berisi Telur yang telah dipukul rata tadi
  5. Kemudian, salutkan pula dengan Tepung Tempura hingga rata . Ulangi perkara ini sebanyak 2 kali
  6. kemudian celupkan sekali lagi dengan Telur dan Masukkan ke dalam bekas yang berisi Breadcrumb
  7. Sementara itu, boleh mula panaskan minyak untuk menggoreng hingga menjadi kuning keemasan. 
  8. Boleh la angkat dan toskan dari minyak biar telur rebus yang digoreng tadi sejuk seketika.
  9. Setelah sejuk, potong di tengah-tengah Telur Rebus itu.
  10. Tambah kan, bahan topping iaitu Hirisan Crabstick yang telah direbus, gaulkan bersama sos mayonis atau diasingkan
  11. Boleh juga taburkan Serunding, Hirisan Sayur seperti Lobak Merah, Timun, Sambal Ikan Bilis 
  12. Selamat Mencuba




Kredit: Pic & Video : Qaseh Honey via Koleksi Resepi Sedap 

0 Response to "Resepi Golden Ball Sushi"

Post a Comment