Resepi Cookies Mars Bar

Hah, Saya nak share resepi untuk membuat cookies bar , senang sangat-sangat.  Jom kita buat


Bahan-bahannya adalah
  • 2 Bar Coklat Mars – Standard Size 53g
  • 2 Sudu Besar Madu
  • 100 Gram Mentega
  • 2 Cawan Rice Krispies
  • 1 Cawan Cornflakes *diramas kasar
  • 400 Gram Coklat Masakan atau secukupnya
  • Bekas Aliminium
Cara-caranya 
  1. Potong Bar Coklat Mars jadi kepingan yang kecil dan masukkan ke dalam periuk leper
  2. Satukan juga Madu dan Mentega ke dalam periuk leper
  3. Cairkan campuran (Kepingan Coklat Mars, Madu dan Mentega) secara double boiler. Kacau sehingga rata
  4. Kemudian, masukkan Rice Krispies dan Cornflakes. Gaulkan hingga sebati
  5. Sediakan bekas aluminium yang sesuai dengan quantiti adunan.
  6. Cedokan adunan tadi masukkan ke dalam bekas aluminium dan tekan-tekan sehingga padat dan rata
  7. Biarkan ia seketika. 
  8. Kemudian, boleh mula cairkan Coklat Masakan secara double boiler
  9. Setelah cair, tuangkan Coklat ke atas Krispies tadi
  10. Bekukan di dalam peti sejuk sehingga coklat mengeras. 
  11. Sudah siap, boleh disaji kan ketika ada majlis Hari Jadi, Hari Kanak-kanak, dan boleh jadi kan sebagai aktiviti yang dapat eratkan hubungan kasih sayang bersama anak-anak.
  12. Jika suka hiaskan atasnya mengikuti kreativiti sendiri atau boleh juga dibiarkan kosong.


0 Response to "Resepi Cookies Mars Bar"

Post a Comment