Resepi Kerepek Cornflake Pedas

Musim perayaan ini, terbeli cornflakes pulak, sebab murah kan. so kali ini saya nak kongsi satu resepi yang berasaskan Cornflakes. Selalunya dengan cornflakes ni orang buat biskut raya dan yang manis sahaja.  Tapi kali ini, Jom kita cuba intai resepi Cornflake manis pedas pula. Selamat mencuba.

Gambar sumber dari Google
Kredit pada penyulawa


Bahan A
  • 450 Gram Buttercup
  • 1 1/2 Cawan Gula Halus
  • 6 Sudu Besar Madu
  • 4 Sudu Besar Serbuk Cili ( BABA'S)
Bahan B
  • 2 Tangkai Daun Kari
  • 500 Gram Cornflakes ( Kellogs)
  • 500 Gram Kacang Tanah *Boleh guna kacang yang anda suka 
  • 300 Gram Ikan Bilis 
  • Minyak Masak *untuk goreng ikan bilis
  • Garam*secukup rasa
Langkah-langkah nya adalah:-

  1. Basuh dan bilas Kacang Tanah dan Ikan Bilis sehingga bersih
  2. Boleh mula gorengkan Ikan Bilis sehingga garing, toskan dan biarkan ke tepi seketika,
  3. Kemudian boleh mula goreng Kacang Tanah tanpa menggunakan minyak, dan  terus buangkan kulitnya .
  4. Seterusnya, Masak Bahan A ( Buttercup, Gula Halus, Madu, Serbuk Cili) sehingga (jangan lupa masak dengan api yang sederhana) 
  5. Apabila adunan bahan A sudah fluffy *pekat, bolehlah tuangkan Kacang , Ikan Bilis, Cornflakes dan Daun Kari. 
  6. Taburkan Garam secukup rasa
  7. Gaulkan sehingga rata dan sebati * ( guna dapur api perlahan)
  8. Apabila sudah sebati , boleh padamkan api dapur.
  9. Biarkan ia sejuk seketika, dan boleh la dihidangkan sebagai kudapan 
  10. Selamat Mencuba


Kredit Resepi ini kepada nooraini mohd noor via mahn

0 Response to "Resepi Kerepek Cornflake Pedas "

Post a Comment