Resepi Hati Ayam Masak Kicap Pedas

Sekali sekala rasa teringin pula makan hati ayam, tapi ramai ibu-ibu pesan jangan makan selalu dan berlebihan ya kerana pada mereka bahwa hati ayam banyak mengandung kolesterol sehingga tidak baik untuk dimakan.  Di dalam buku biologi, kajian tentang pemakanan bahawa terdapat vitamin B untuk membantu kita menambah sel darah kita dengan hati ayam. Sains juga menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia. Tak apalah, apa jua makanan haruslah dimakan secara sederhana kuantitinya. Ingat ya. Mari kita cuba memasak resepi ini

Gambar sumber dari Google


Ramuan-ramuannya :
  • 300 Gram Hati & Pedal Ayam 
  • 3 Biji Bawang Merah 
  • 3 Biji Bawang Putih 
  • 1 Biji Bawang Bombay *hiris bulat besar
  • 1 Inci Halia 
  • Sedikit Kicap manis
  • Sedikit Sos tiram
  • Sedikit Sos Cili
  • Sedikit Sos Tomato
  • Cili padi *terpulang pada individu (hiris memanjang)
  • Minyak Masak
  • Garam *secukup rasa
  • Gula *secukup rasa
  • Serbuk perisa Ayam (kiub ayam)
  • Serbuk kunyit
  • Cuka Makanan
Cara-cara untuk memasak
  1. Pertama, lumurkan Garam dan sedikit Serbuk Kunyit pada Hati dan Pedal Ayam
  2. Goreng separa garing * terpulang pada individu, tos dan biarkan ia seketika ditepi 
  3. Kisarkan Bawang Merah, Bawang Putih dan Halia
  4. Selepas kisar, panaskan Minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar hingga naik bau wangi. 
  5. Selepas itu, masukkan Kicap Manis, Sos Cili, Sos Tomato dan Sos Tiram, kacau hingga sebati 
  6. Jika suka berkuah, masukkan sedikit Air. Kemudian biar ia mendidih seketika *saya suka yang kering
  7. Masukkan Pedal dan Hati Ayam yang telah digoreng garing tadi, bersama-sama Bawang Bombay dan Cili Padi 
  8. Taburkan Serbuk Perisa Ayam, Garam & Gula secukup rasa dan juga Cuka.  
  9. Gaulkan biar semua sama rasa, Biarkan ia mendidih sekali lagi 
  10. Siap dihidangkan untuk makan tengahari atau makan malam 


0 Response to "Resepi Hati Ayam Masak Kicap Pedas"

Post a Comment