Resepi Seri Kaya Pandan ala-ala Boat Noodle

Ramai sangat orang share gambar makan Boat Noodle Sangkaya, Terliur kan. Jom kita belajar buat Seri Kaya Pandan sendiri. Senang sahaja, boleh lah kita buat orang lain pulak terliur dengan Seri Kaya air tangan sendiri. hehehe..Selamat Mencuba





Resepi Seri Kaya Pandan
Bahan-bahannya:
  • 2 Biji Telur Ayam
  • 200 Gram Gula Pasir *tahap kemanisan ikut citarasa masing-masing
  • 2 Cawan Santan Pekat
  • 6 Helai Daun Pandan
  • 2 Sudu Besar Tepung Jagung
  • Garam*secubit
  • Air
Cara-caranya adalah:
  1. Kisarkan Daun Pandan dengan sedikit Air 
  2. Tuangkan kedalam mangkuk besar
  3. Kemudian , Pecahkan Telur dan Pukul Telur perlahan-lahan, sambil itu masukkan Santan Pekat
  4. Kacau perlahan-lahan hingga sebati
  5. Setelah sebati , tapiskan dan masukkan ke dalam mangkuk Air Pandan tadi
  6. Masukkan Gula, Tepung Jagung , Kacau sehingga sebati
  7. Boleh masak menggunakan kaedah double boiler atau didihkan terus diatas dapur api yang perlahan
  8. Kacau sehingga campuran adunan menjadi pekat dan likat. 
  9. Setelah pekat, sejukkan ia seketika.
  10. Sedia untuk dimakan bersama pulut, waffle, roti atau dijadikan filling / inti kepada makanan pastry yang lain.









0 Response to "Resepi Seri Kaya Pandan ala-ala Boat Noodle"

Post a Comment