Resepi Kek Gulung Swiss Pandan Berkrim

Mari kita cuba lihat resepi untuk buat swiss roll ini, senang sahaja untuk memikat selera anak-anak, pasti mereka menyukainya, bila sudah mahir boleh buat bisnes Kek gulung kan..hahaha..



Bahan-Bahan untuk membuat Kek
  • 6 Biji Telur
  • 125 Gram Mentega
  • 70 Gram Tepung Gandum *diayak
  • 10 Gram Tepung Jagung *diayak
  • 10Gram Susu Tepung*diayak
  • 1 Sudu Besar Ovellete
  • 90 Gram Gula Kastor
  • 1 Sudu Kecil pewarna dan paste pandan (daun pandan kisar)

Bahan-bahan untuk membuat Krim/ Filing 
  • 100 Gram Krim Putar
  • 2 Sudu Kecil Gula Ising
  • *Boleh juga guna Jem/ Kaya/ Chocolate Syrup

Cara-cara Membuat:
  1. Panaskan Ketuhar oven pada suhu 180’c.
  2.  Masukkan ke dalam mixer Telur, Gula Kastor, Ovellete, Pewarna Pandan Paste bersama Tepung Gandun, Tepung Jagung dan Susu Tepung yang telah diayak
  3. Pukulkan sehingga adunan benar-benar kembang. Ia mengambil masa 10-15 minit  
  4. Seterusnya cairkan Mentega di dalam kuali dan padamkan api.
  5. Selepas itu, masukkan Mentega cair sikit demi sedikit dan gaul sehingga sebati
  6. Sapukan Mentega pada loyang dan alaskan dengan Kertas Minyak. 
  7. Tuang adunan ke dalam loyang, dan bakar pada suhu 180’c selama 20 minit. Apabila kek telah masak, keluarkan dari Loyang dan tanggalkan kertas minyak yang dialas tadi. 
  8. Untuk krim, pukul krim putar bersama gula ising hingga kental (fluffy)
  9. Kemudian boleh la terus sapu krim , filing pada kek dan gulung kan ia  dengan kemas ketika kek masih panas.
  10. Sejukkan dalam peti sejuk selama 2 jam dan potong sebelum dihidangkan.

0 Response to "Resepi Kek Gulung Swiss Pandan Berkrim "

Post a Comment