Resepi Spaghetti Telur Masin Berkrim

Ramai yang tidak tahu untuk pelbagaikan resepi berasaskan telur masin. Sebenarnya boleh digaul dengan Spaghetti tau. Lagi sedap rasanya, kalau tidak mencuba, kita tidak tahu. Mari kita intai resepi dan cara-cara untuk memasaknya.



  • Spaghetti *direbus
  • 1 Biji Telur Masin *dilenyek atau dihancurkan
  • 3 Ulas Bawang Putih *dihiris nipis
  • 1 Biji Bawang Besar *dihiris
  • 3 Tangkai Cili Padi *dihiris
  • 1 Tangkai Daun Kari *dilurut daunnya
  • 100 ml Susu Penuh Krim
  • 1 Sudu Mentega
  • Ayam/Daging/Udang *dipotong dadu
Cara-cara nya
  1. Panaskan Kuali , Cairkan mentega
  2. Tumiskan Bawang Putih, bawang Merah dan Cili Padi
  3. Setelah garing dan naik bau wangi, masukkan udang, ayam,daging dan biarkan sehingga masak
  4. Kemudian, masukkan daun kari
  5. Sejurus selepas itu, masukkan telur masin yang dilenyek tadi dan kacau sehingga rata
  6. Masukkan susu perlahan dan kacau sehingga sebati
  7. Akhir sekali, bolehlah masukkan spaghetti dan gaul sekali lagi. Pastikan setiap helai spaghetti terkena telur masin itu. 

0 Response to "Resepi Spaghetti Telur Masin Berkrim"

Post a Comment