Resepi Kerepek Bawang Spiral

Biasala, Generasi Y & X ini asyik membeli sahaja, tidak tahu cara membuat kerepek bawangkan. Mari Saya kongsikan cara dan bahan untuk membuat Kerepek Bawang yang Awesome.


Bahan-bahan untuk Doh Putih 

  • 500 Gram Tepung Gandum - diayak
  • 3 Sudu Besar Planta
  • 1 Sudu Kecil Garam
  • Air - secukupnya

Bahan-bahan untuk Doh Pedas

  • 500 Gram Tepung Gandum - diayak
  • 10 Biji Bawang Merah
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 1 cm Lengkuas muda
  • 1 Batang Serai 
  • 2 Sudu Besar Udang Kering - ditumbuk separa kasar
  • 3 Sudu Besar Cili Kering dikisar (nak pedas tambah lagi)
  • Garam secukup rasa

Cara-cara untuk membuatnya : 

Doh Pedas 

  • Kisar Bawang Merah, Bawang Putih, Serai, Lengkuas dengan sedikit Air. 
  • Masukkan Tepung Gandum ke dalam bekas, kemudian tuangkan bahan-bahan yang dikisar bersama Udang Kering dan Garam , siramkan air sedikit
  • Gaulkan semua, dan diselangi dengan Air sedikit demi sedikit, uli sebati sehingga menjadi Doh

Doh Putih

  • Satukan dan GaulkanTepung , Planta dan Air Garam (Garam yang dilarutkan dengan sedikit air)
  • Masukkan Air sedikit demi sedikit dan Gaulkan dan Uli sehingga menjadi Doh seperti Doh Pedas di atas

Kombinasi Doh Putih & Doh Pedas

  • Bahagikan kedua-dua Doh menjadi bola-bola kecil
  • Ambil 1 ketul bola Doh Putih canai sehingga nipis 
  • Begitu juga, dengan Doh Pedas 
  • Kemudian, letakkan  Doh Pedas diatas Doh putih yang dicanaikan tadi 
  • Lenyekkan kedua-dua Doh agar melekat, kemudian gulungkan doh itu dengan kemas
  • Ulangi proses ini sehingga ketul-ketulan kedua-dua Doh habis
  • Simpan kan sebentar, Doh yang telah digulung di dalam peti sejuk
  • Setelah 60 minit, keluarkan ia dan hiris Doh nipis senipisnya dengan menggunakan pisau yang tajam.
  • Setelah itu, bolehlah panaskan minyak ke dalam kuali dan mula menggoreng kepingan doh hingga kekuningan dan rangup.
  • Toskan dan sedia untuk dinikmati. 
  • Jika ada lebihan, simpankan di dalam bekas kedap udara. 


0 Response to "Resepi Kerepek Bawang Spiral "

Post a Comment