Resepi Kuih Cucur Badak

Resepi untuk membuat kuih cucur badak ini terbahagi kepada dua step yang berbeza, Pertama kita perlu mengguli doh ubi untuk dijadi kulit diluar dan Kedua kita akan belajar cara untuk membuat inti kelapa pedas.  Kuih cucur badak ini amat sesuai dijadikan sebagai juadah minum petang. 
Mari kita lihat cara-cara dan bahan ramuan yang perlu disediakan.



Bahan-bahan Utama untuk membuat Inti Kelapa Pedas

  • 1 Biji Kelapa Parut 
  • 5 Sudu Cili Kisar
  • 10-15 Biji Cili Api (ikut tahap kepedasan masing-masing) 
  • 2 Sudu Besar Udang Kering
  • 1 Sudu Besar Jintan Manis
  • 1 Ulas Bawang Putih
  • 1 Biji Bawang Besar
  • 1 Sudu Kecil Serbuk Kunyit
  • 3 Batang Serai
  • 1 Helai Daun Kunyit - dihiris nipis
  • Udang hidup - secukup nye
  • Minyak Masak

Cara-cara untuk membuat Inti Kelapa

  • Kisarkan Bawang Besar, Bawang Putih, Cili Api / Cili Kisar , Serai, Jintan Manis dan Udang Kering sehingga halus dan sebati
  • Panas kan kuali serta minyak , tumiskan bahan yang dikisar
  • Sementara itu, kisarkan beberapa saat kelapa parut tu dengan sikit air tetapi jangan terlalu halus  
  • Selepas itu, tuangkan ke dalam bahan yg ditumis dan kacau sebati, masukkan udang hidup, daun kunyit dan masak hingga kering. 
  • Taburkan Garam and Gula dan perasa secukup rasa
Bahan-bahan Utama untuk membuat Doh Ubi

  • 5 Biji Ubi Keledek
  • Tepung Gandum
  • Garam
  • Air - secukupnya

Cara-cara untuk membuat Doh Ubi

  • Kupas Ubi Keledek dan potong kecil terus rebus sehingga empuk, dan tos. 
  • Lenyek Ubi sehingga penyek tetapi tidak terlalu halus, tambahkan garam serta Tepung Gandum.
  • Uli sehingga sebati, setelah sebati, boleh gentelkan menjadi bulat separa besar, cuba tekan ditengah doh, jika ia pecah tambahkan sedikit lagi tepung. Jika tidak, boleh proceed untuk letakkan inti kelapa pedas dan sedia untuk digoreng.   




0 Response to "Resepi Kuih Cucur Badak"

Post a Comment