Resepi Tiramisu Biskut Tiger

Semua orang tahu akan keunikan rasa Kek Tiramisu ini, rasanya diselangi rasa coklat dan kopi, ditambahkan dengan rasa lemak berkrim dari Kastard.  Mari kita cuba buat resepi yang sangat-sangat ringkas dan menarik ini.


Bahan-bahan yang ringkas adalah :
  • 1 Paket Biskut Tiger Coklat
  • 4 Sudu Besar Tepung Kastard
  • 1 Cawan Air
  • 1/2 Susu Pekat
  • 1 Tin Susu Cair
  • 1 Sudu Kecil Esen Vanilla
  • Garam *secubit
Bahan Hiasan :
  • Serbuk Milo 
  • Serbuk nescafe *tabur nanti
  • Coklat Rice
Cara-caranya adalah
  • Panaskan kuali
  • Masukkan Susu Cair, Susu Pekat, Air dan Tepung Kastard ke dalam kuali. 
  • Kacau laju-laju supaya tidak berketul, taburkan garam dan masukkan esen vanilla.
  • Kacau sebati sampai kuah pekat.
  • Kemudian, Susun Biskut Tiger dalam bekas, Tuang kuah kastard tadi atas biskut selepas itu, tabur Serbuk Milo/ Serbuk Nescafe selang seli sampai habis



0 Response to "Resepi Tiramisu Biskut Tiger "

Post a Comment