Resepi Rendang Sotong Lazat

Sudah bosan saban hari kita bermenukan ayam dan daging sahaja. Apakata, harini kita cuba kelainan resepi masakan rendang sotong ini,  Resepi nya ringkas dan mudah, mengambil masa kurang daripada 45minit.


Bahan Utama : 
  • 1 Kilogram Sotong 
  • 1 Helai Daun Kunyit *dihiris halus
  • 3 Helai Daun Limau Purut *hiris halus
  • 1 Biji Cili Merah *dihiris
  • 1 Biji Cili Hijau *dihiris
  • 1 Biji Bawang Besar *dibelah 6
  • Asam keping
  • Kerisik
  • Gula Melaka
  • Rempah Kari Ikan
Bahan kisar :
  • 1 Biji Bawang Besar
  • 5 Biji Bawang Merah
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 1 Inci Halia
  • 1 Inci Lengkuas
  • 2 Batang Serai
  • 10 Tangkai Cilipadi
  • 10 Tangkai Cili kering
Cara-caranya adalah :
  1. Celurkan Sotong ke dalam Air Panas seketika dan ditoskan -
    dipotong
  2. Tumis Bahan-bahan kisar sehingga naik bau dan kekuningan
  3. Kemudian, masukkan rempah kari dan masakkan sehingga garing
  4. Masukkan santan, kerisik, garam dan gula melaka masak sehingga kering
  5. Kemudian, masukkan Sotong, Cili, Bawang, Daun Kunyit dan Daun Limau Purut serta Asam Keping.
  6. Sedia untuk dihidangkan. 

0 Response to "Resepi Rendang Sotong Lazat"

Post a Comment