Resepi Kuih Cakar Ayam Bersira


Petang-petang ini, mari kita cuba resepi snek ringan yang tersangat la senang, dan sedap. 
Bahan-bahan yang diperlukan juga sangat ringkas dan mudah didapati.  Pada kebiasaannya, orang akan menggunakan ubi keledek putih.   




Bahan-bahan Utama : 
  1. 3 Biji  Isi Kelapa Muda atau Ubi Keledek Putih *pilihan individu
  2. 1 Kilogram Gula Pasir 
  3. Daun Pandan
  4. Air
  5. Kapur masakan
  6. Garam
  7. Minyak Masak *untuk menggoreng


Cara-cara penyediaannya:

  1. Sagat Isi kelapa muda / Ubi Keledek atau dihiris halus memanjang seperti tali. 
  2. Rendamkan Ia ke dalam air kapur selama 1 jam. Angkat dan toskan. 
  3. Apabila sudah ditoskan, Gorengkan ia dengan minyak masak yang panas
  4. Di kuali yang berasingan, Masak gula , sedikit air dan secubit garam hingga bertukar warna dan menjadi pekat. Masukkan Daun Pandan untuk mewangikan air gula. 
  5. Masukkan isi kelapa / Ubi Keledek yang digoreng tadi  ke dalam Gula dan dikacau rata. 
  6. Masak lagi hingga kering.
  7. Kemudian, setelah sebati angkat dan masukkan ke dalam acuannya yang berbentuk bulat. Jangan lupa untuk menekannya sehingga padat.
  8.  Akhir sekali sejukkannya. Simpan di dalam bekas yang kedap udara kerana dikhuatiri kuih cakar ayam ini akan lemau jika dibiarkan terdedah dengan udara (masuk angin).


0 Response to "Resepi Kuih Cakar Ayam Bersira"

Post a Comment