Untuk Netizen-netizen di alaf millennium ini, mesti tidak pernah dengar atau makan Kuih Qasidah ini, Kuih Qasidah ini boleh dikatakan kuih tradisi yang klasik. Terdapat berapa gelaran untuk kuih ini iaitu Hasidah, Qasidah, Khasidah..sudah macam cerita P ramlee 3 Abdul pulak..hehe.. Kebiasaannya , masyarakat dulu-dulu menyajikannya sebagai juadah berbuka puasa, rasanya manis-manis masin. Terdapat dua versi kuih Qasidah yang agak berbeza, disebelah negeri-negeri utara tidak menggunakan santan manakala Di negeri Pantai Timur menggunakan santan dan rasanya lebih berlemak. Resepi kuih ni sangat mudah.
Bahan-bahannya adalah
- 400 Gram Tepung Gandum
- 1 Liter Air
- 150 Gram Gula
- 4 Ulas Bawang Merah *dihiris nipis
- Minyak Sapi *untuk menggoreng bawang
- Garam *secukup rasa
Cara-cara menyediakannya
- Bancuhkan Tepung bersama air dan gula, Kacau sehingga sebati dan tidak berketul-ketul.
- Panaskan bahan bancuhan tadi dengan api yang sederhana dan kacau sentiasa *takut jadi hangit
- Kacau dan terus kacau sehingga lebih kurang 20 minit
- Apabila adunan tadi sudah berkilat dan tidak melekat, itu menandakan ia sudah masak, dan boleh diangkat
- Tuangkan adunan ke dalam bekas/ loyang yang nipis dan biarkan sehingga ia sejuk.
- Sementara itu, boleh goreng bawang merah dengan minyak sapi sehingga menjadi warna keperangan dan wangi. Selepas itu, taburkan ke atas adunan qasidah di dalam bekas loyang tadi.
- Biar sejuk sebelum dipotong & dihidangkan.
- Mudahkan , Selamat mencuba.
0 Response to "Resepi Kuih Qasidah "
Post a Comment