Resepi Sup Ekor Simple


Sup ekor? Tidak semua antara kita gemarkan Sup ekor, jika tidak kena gayanya, pastikan potong selera makan.  Hari ini saya nak kongsikan resepi untuk masak sup ekor yang simple gile, untuk para-para isteri yang masih newbie bab memasak ni. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara-cara menyediakannya


Bahan-bahannya adalah
  • 1/2 Kilo Ekor Lembu
  • Satu Sup Bunjut
  • 2 Batang Kayu Manis
  • 3 Biji Bunga Lawang
  • 3 Biji Buah Pelaga
  • 3 Biji Bunga Cengkih
  • 6 Ulas Bawang Merah - *dimayang
  • 3-4 Ulas Bawang putih -*dimayang
  • 2 Inci Halia -*dimayang
  • Air secukupnya
  • Garam dan Lada Hitam *secukup rasa
  • 1 Biji Tomato
  • 1 Batang Saderi *potong serong
  • 1 Pokok Daun Ketumbar – *potong sepanjang 3 cm
  • Daun Bawang dan Daun Sup *secukup rasa
  • 2 Biji Limau Nipis
Cara untuk memasak
  1. Rebus ekor lembu sampai mendidih, buang air rebusan pertama selepas itu rebus sekali lagi dengan air baru sampai empuk. Reneh sehingga daging dengan tulang nampak sudah renggang
  2. Apabila sudah empuk masukkan sup bunjut, taburkan garam dan lada hitam secukup rasa dan rebus lagi sekali untuk 30 minit
  3. Sambil-sambil tu, tumiskan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih sampai naik bau, angkat dan masukkan dalam rebusan tulang
  4. Dengan menggunakan minyak yang sama, Goreng Bawang dan Halia sampai layu dan masukkan dalam sup.
  5. Masukkan Daun Ketumbar dan Tomato yang dibelah empat, didihkan selama 10 minit
  6. Akhir sekali masukkan saderi yang di potong serong dan boleh padamkan api
  7. Untuk hidangan, Taburkan Daun sup , Daun bawang dan Bawang goreng. Nak tabur hirisan cili padi pun boleh. Jika suka kan kepedasan. 
  8. Jangan lupa perah asam limau tau
  9. Selamat Mencuba

0 Response to "Resepi Sup Ekor Simple"

Post a Comment