Resepi Pajeri Terung Memikat


Satu lagi resepi berkuah yang mampu menaikkan selera makan kita, biar pun di makan dengan hanya Nasi Putih yang panas. Iaitu Kuah Pajeri. Tidak kiralah, Pajeri Nenas mahupun Pajeri Terung.
Jom kita intai, cara-cara untuk masak pajeri ini. Semoga memberi manfaat ya. Selamat Mencuba. 



Pajeri Terung separa goreng - sumber dari google

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 3 Biji Terung Panjang *sederhana besar (dibelah dua dan tidak putus , kemudian di goreng seketika dahulu) 
  • 2 Batang Kulit Kayu Manis 
  • 2 Kuntum Bunga Lawang 
  • 3 Biji Buah Pelaga 
  • 2  Biji Bunga Cengkih 
  • 4 Ulas Bawang Merah *di tumbuk 
  • 1 Ulas Bawang Putih *di tumbuk 
  • 2 cm halia *di mayang 
  • 1 Sudu Besar Udang Kering atau Ikan Bilis *di tumbuk sedikit (sebagai perencah) 
  • Daun kari *secukupnya 
  • 3 Sudu Besar Serbuk Kari Ikan Baba's (dibancuh dgn air / santan untuk dijadikan pes bagi mengelakkan serbuk kari hangus) 
  • Santan Pekat - dari 1 Biji Kelapa 
  • 2 Sudu Besar Kerisik 
  • 3 Sudu Besar Gula 
  • Garam *secukup rasa 
  • Minyak Masak *untuk menumis 
  • 1 Asam Keping

Cara-caranya : 

  1. Panaskan Minyak, tumiskan 4 sekawan (Kulit Kayu Manis, Bunga Lawang, Buah Pelaga dan Bunga Cengkih) sebentar sehingga naik bau wangi. 
  2. Setelah itu masukkan bahan tumbuk, Halia, Udang Kering serta Daun Kari, kacau hingga agak keperangan.
  3. Masukkan Pes kari, tumiskan hingga pecah minyak dan wangi. Kacau selalu untuk elakkan bahan hangus.
  4. Setelah itu, masukkan Santan, Asam keping, Terung yang telah di goreng dahulu tadi dan Kerisik. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. 
  5. Masak sehingga Terung mula lembik dan kuah menjadi pekat. 
  6. Selepas itu, ia sudah sedia untuk di hidangkan.


0 Response to "Resepi Pajeri Terung Memikat"

Post a Comment