Resepi Mee Kuning Hailam

Mee Goreng Mamak , kami sudah kongsikan resepinya, Hari ini saya nak upkan resepi Mee Hailam pula.  Mee Hailam adalah mee yang basah dan berkuah kicap.  Pada asalnya mengikut sejarah , Masakan Mee Hailam ini berasal dari kalangan orang yang berbangsa Cina, dimana ia tidak pedas dan dilimpahi dengan sayur-sayuran . Mari kita lihat resepi Mee Hailam dari Dr Azima. Esok boleh cuba. Semoga ia memberikan manfaat kepada kalian semua. 
Bahan-bahannya :
  • 500 Gram Mee Kuning
  • Minyak Masak
  • 250 Gram Daging *Dihiris nipis dan cuci bersih Daging
  • 10 Ekor Udang *size sederhana
  • 1 Batang Fish Cake 
  • 2 Ulas Bawang Merah *dicincang halus
  • 1 Biji Bawang Besar *dicincang halus
  • 2 Ulas Bawang Putih *dicincang halus 
  • 1 Sudu Besar Lada Hitam*ditumbuk kasar 
  • 1 Sudu Besar Cili Giling
  • 2 Sudu Besar Tepung Jagung(untuk pekatkan kuah) *bancuh dengan air rebusan
  • 2 Sudu Besar Sos Tiram
  • 2 Sudu Besar Kicap Manis
  • 1 Biji Telur
  • Sayur Bunga Kobis
  • Sayur Sawi
  • Lobak Merah *Dihiris
  • Garam *secukup rasa
  • Gula *secukup rasa
  • Daun Sup & Daun Bawang
  • Bawang Goreng
  • Limau Nipis *menambah rasa masam (terpulang pada individu)

Cara-cara Penyediaan
  1. Tumis Bawang Merah , Bawang Putih , Cili Giling dengan sedikit Minyak Masak hingga wangi.
  2. Sementara itu, rebuskan Daging seketika dan biar Daging menjadi empuk. Kalau air kurang, tambahkan air lagi .
  3. Kemudian, masukkan Sedikit Air rebusan daging, Lada Hitam, Sos Tiram, dan Kicap. Biar mendidih sekejap.
  4. Setelah mendidih, Kita masukkan Udang dan Mee Kuning
  5. Masukkan kesemua Sayuran, Fish Cake serta Tepung Jagung yang telah dibancuh dengan air. Boleh gunakan air daripada rebusan daging tadi
  6. Apabila kuah sudah agak pekat, boleh pecahkan telur dan biar seketika sebelum menutup apinya.
  7. Kuah sedia dihidangkan bersama bahan-bahan hiasan yang lain. Boleh juga masukkan lada putih dan tambah telur sekiranya suka seterusnya bolehlah dihidangkan untuk keluarga anda. 
Resepi kredit to Dr Azima, Facebook Page

0 Response to "Resepi Mee Kuning Hailam "

Post a Comment