Resepi Pencuci Mulut : Agar-Agar Laici

Pencuci mulut yang manis dan segar. Agar-agar sejukkan anak tekak ketika cuaca terik panas tengahari. Jom kita tengok resepi dan ramuan yang ringkas ini.
Sumber dari Google

Bahan-bahannya:
  •  20 Gram Agar-agar
  • 1000ml Air  & Air Laici *didalam Tin
  • 200 Gram Gula
  • 600ml Fresh Milk
  • 1 Tin Laici
  • 1 Tin Nata decoco *jika mahu

Cara-caranya:
1. Rendam seketika Agar-agar supaya lembut.
2. Masukkan Agar-agar dan Air ke dalam periuk, masak sehingga Agar-agar menjadi lebur.
3. Masukkan Gula dan Air Laici. Kacau sehingga Gula hancur.
4. Kemudian masukkan Fresh milk serta Laici yang telah dihiris halus. Kacau hingga mendidih kemudian boleh padamkan api dapur.
5. Masukkan ke dalam bekas acuan dan biarkan beku.
6. Sejukkan di dalam peti ais.

0 Response to "Resepi Pencuci Mulut : Agar-Agar Laici"

Post a Comment