Resepi Tofu Begedil Sumbat

Biar bertauhu tetapi Jangan berhuhu..hahaha..Jom kita cheat dengan tauhu berbegedil ni.  
Kredit to Zaimah Zakaria

Bahan-bahannya:
  • Tofu 
  • Isi Ayam -dicincang
  • Ubi Kentang 
  • Bawang Goreng
  • Daun Bawang
  • Garam & Lada Sulah secukup rasa
  • Cili Padi *jika mahu pedas
  • Telur
  • Minyak Masak
Cara-caranya:

  1.  Pertama, Goreng Tofu serta belahkan 4 penjuru dan keluarkan Isi Tofu
  2.  Kemudian potong Ubi Kentang secara dadu dan gorengkan seketika . Kemudian , toskan serta lenyekkan  dan masukkan ke dalam mangkuk . 
  3. Selepas itu, masukkan Isi Ayam yang dicincang tadi, Isi Tofu,Daun Bawang, Bawang Goreng, Garam & Lada Sulah ke dalam mangkuk yang sama. 
  4. Gaulkan semua bahan hingga sebati dan bulatkan seperti begedil
  5. Isikan dan sumbatkan begedil ke dalam  Kelongsong Tofu tadi
  6. Kemudian celupkan kedalam Telur  dan Gorengkan sehingga garing
  7. Dah Siap, boleh dimakan bersama Sos kicap, Sos ala thai. Kuah Kacang. 


Kredit: Zaimah Zakaria

0 Response to "Resepi Tofu Begedil Sumbat"

Post a Comment