Resepi Sambal Tumis Telur Burung Puyuh

Apa kata , hari ini kita tukar selera pula kepada telur burung puyuh. Menurut pakcik google, Telur burung puyuh terdapat 13% Protien manakala telur ayam hanya 11% protien sahaja. Dikatakan jugak , Telur puyuh tidak memiliki kolesterol jahat (LDL) dan sangat kaya dengan kolesterol baik (HDL). Tak seperti telur ayam, telur puyuh tidak menyebabkan alergi. Jadi, terperlulah kita gusar untuk memakan telur burung puyuh ini. Makanlah apa sahaja pun , Asalkan dalam Kuantiti yang sederhana, tak begitu..hehe..Ok lets go, Kita cuba resepi sambal ini.


Bahan-bahannya:
  • 10 Biji Telur Puyuh
  • 15 Tangkai Cili Kering
  • 3 Ulas Bawang Merah - dikisar
  • 2 Ulas Bawang Putih- dikisar
  • 1 Biji Bawang Besar - Dipotong bulat
  • 1 Sudu Besar - Pati Air Asam Jawa 
  • Garam dan Gula - secukup rasa
  • Minyak Masak
Cara-cara memasak:
  1. Rebuskan telur puyuh selama 10 minit, dan kupaskan kulit nya.
  2. Kemudian , panaskan minyak dan tumiskan semua bahan yang dikisar tadi, Gaulkan sehingga naik bau wangi
  3. Selepas itu, masukkan Telur rebus burung puyuh tadi bersama Pati air Asam Jawa
  4. Taburkan Bawang Besar serta Garam dan Gula secukup rasa. 
  5. Gaul sehingga sebati.
  6. Sedia untuk dihidang, Hidangan ini sesuai dimakan sebagai lauk untuk Nasi Lemak, atau Lontong Nasi Impit. 

0 Response to "Resepi Sambal Tumis Telur Burung Puyuh"

Post a Comment