Resepi Pengat Pisang Tanduk

Tiba-tiba ada permintaan dari Ayah, nak makan pengat Pisang.JOm lihat bahan-bahannya.


Bahan-bahan:
  • 5- 8 Biji Pisang Tanduk
  • 1/2 Cawan Biji Sagu *cuci dan rendamkan dalam masa 3 minit
  • Air secukupnya untuk merebus Pisang dan Sagu
Bahan-bahan untuk menyediakan kuah
  • 1 Cawan Santan Pekat
  • 2 Cawan Air
  • 3 Sudu Besar Gula Merah / Gula Melaka
  • 1/4 Cawan Gula Pasir
  • 2 Helai Daun Pandan-*disimpulkan
Cara-cara untuk memasak :
  1. Buangkan kulit pisang dan hiris serong. 
  2. Rebus Pisang Tanduk hingga separuh masak.
  3. Bila sudah empuk, angkat dan toskan. Jangan rebus lama sangat ya,risau pisangnya akan menjadi lembik
  4. Sementara tu, dalam periuk lain, didihkan air dan masukkan sagu yang telah di rendamkan tadi.
  5. Masak sehingga jernih semuanya. Setelah siap, tapiskan dan lalukan di bawah Air Paip. Ketepikan dulu.
  6. Di dalam periuk yg lain, satukan air dan santan pekat, masukkan sekali air gula merah yg sudah di tapis tadi dan gula pasir. Masak hingga hampir mendidih.
  7. Masukkan pisang tadi, sagu dan daun pandan...gaul sebati.
  8. Gaul sentiasa supaya santan tidak pecah...biarkan mendidih. Sekiranya kurang manis bolehlah tambah gula pasir sedikit. Setelah siap, matikan api dan bolehlah di hidangkan.
  9. Sesuai dihidangkan ketika waktu minum petang. Selamat Mencuba 

0 Response to "Resepi Pengat Pisang Tanduk"

Post a Comment