Resepi Pulut Bangkok aka Pulut Dakap Pisang

Jom kita cuba resepi pulut pisang ini, sebenarnya Orang utara panggil resepi ini Pulut Dakap, kerana Isi Pulut digulungkan dengan pisang. hehe.. Resepi warisan orang dulu -dulu, tidak rugi kalau mencuba nya.


Gambar dari Google
Bahan-bahan : 

Bahan A

  1. 5-10 Biji Pisang Nangka atau Pisang Tanduk
  2. 500 Gram Beras Pulut
  3. 300 ml Air
  4. 100 ml Santan Pekat
  5. Pewarna Hijau * ikut pada warna kesukaan anda
  6. 1 Sudu Kecil Garam
  7. 2 Helai Daun Pandan

Bahan B

  1. 1/2 Cawan Gula Pasir
  2. Sedikit air
  3. 1 Biji Kelapa Parut
  4. 1 Sudu Kecil Garam Buloh
  5. 1 Helai Daun Pandan

Cara penyediaan:

  • Rendam Pulut dengan pewarna hijau lebih kurang 45 minit
  • Kemudian ,Toskan dan kukus separuh masak , boleh masukkan Daun Pandan dan Santan 
  • Keluarkan Pulut dan ambil sedikit dan letak di atas plastik wrap atau daun pisang dan tekan biar rata ( macam nak buat kuih lopes)  dan letakkan Pisang ditengahnya. Gulung dengan kemas.
  • Kukus semula Pulut yg digulung tadi selama 15 minit atau sehingga masak. Keluarkan alas plastik dan ketepikan
  • Sementara itu, boleh masak bahan -bahan B iaitu Gula dengan sedikit air dan letakkan daun pandan dan sedikit garam
  • Apabila air mendidih tuangkan ke atas kelapa parut dan gaul rata
  • Ambil pulut tadi yang dikukus tadi gaulkan dengan kelapa parut sebelum dipotong.
  • Dah Siap. Senang kan? 
  • Selamat mencuba

0 Response to "Resepi Pulut Bangkok aka Pulut Dakap Pisang"

Post a Comment