Resepi Roti Kerca Kuah Kari Daging

Roti Kerca

Jom kita cuba resepi ini, alternative bagi mereka yang sudah jemu menjamah nasi putih, dan lain sedikit dari Roti Jala.  jom kita cuba buat resepi roti kerca ini, pasti tidak rugi. Kebiasaanya dicolek dengan kuah kari daging, kari ayam, sambal ikan bilis, sambal sardin, atau kuah durian (manis) hehe..
Bahan-bahan dan cara-caranya seperti dibawah.



Roti Kerca Kari Daging - Sumber dari Google

Bahan-bahan untuk membuat roti *kisarkan kesemua bahan dibawah


  • 2 Cawan Tepung Gandum 
  • 2 Biji Telur
  • 3 Cawan Air
  • 1 Sudu Kecil Garam
  • Pewarna masakan * jika mahu

Cara-cara untuk membuat roti

  • Panas kan non stick pan ( kuali leper tidak melekat) 
  • Tuangkan adunan ke dalam kuali , masak seperti buat telur dadar atau lempeng tetapi mesti nipis-nipis
  • Kemudian , Gulungkan dan gunting serong

Bahan-bahan untuk memasak Kuah Kari Daging

  • 1 Keping Daging Cincang (Ayam / Telur Rebus/ Udang) * Boleh gantikan dengan option lain terpulang pada individu
  • 1 Biji Ubi Kentang *potong dadu kecil,
  • 1 Tin Kecil Tomato Puri
  • 3 Sudu Besar Rempah Kari Daging
  • 3 Biji Bawang Merah
  • 2 Ulas Bawang Putih
  • 1/2 Inci Halia
  • 1 Batang Kayu Manis
  • 2 Kuntum Bunga Lawang
  • 2 Biji Buah Pelaga
  • 1  Cawan Santan
  • 2-3 Cawan Air 
  • Secubit garam

Cara-cara untuk menyediakan Kuah Kari Daging

  • Tumbuk Bawang Merah, Bawang Putih dan Halia dengan menggunakan lesung batu sehingga lumat
  • Panaskan minyak di dalam kuali atau periuk
  • Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk ,bersama-sama Bunga Lawang, Kulit Kayu Manis, Buah Pelaga.
  • Tumis sehingga Bawang menjadi layu dan naik bau wangi
  • Sementara itu, bancuhkan Serbuk Kari Daging bersama sedikit Air dan jirus ke dalam kuali tumis bawang tadi . Kacau sehingga rata
  • Kemudian , masukkan Santan dan sedikit air . Gaul dan kacau sehingga sebati dan menjadi pekat
  • Apabila sudah memdidih, masukkan kepingan Daging kisar /cincang dan bersama Ubi Kentang, biarkan ia masak dan sebati. Kemudian, Masukkan Tomato Puri dan kacau sehingga ia mendidih lagi.
  • Taburkan garam secukup rasa dan kacau. 
  • Padamkan Api dapur. 


Bahan Hiasan

  • Daun Sup dan Daun Bawang
  • Bawang Goreng
  • Telur rebus * jika mahu



Kredit Gambar / resepi : dari Khairul Hakimi Muhamad via FB
Resepi Asal : Dato CT

0 Response to "Resepi Roti Kerca Kuah Kari Daging"

Post a Comment