Resepi Dodol Express

Kalau tiba-tiba anak tekak rasa nak makan Dodol? Tetapi terbayang cara pembuatannya yang agak rumit. Berjam-jam kacau dodol, berpeluh-peluh..betul tak? Nak tunggu musim Raya? Baru dapat makan dodol.Sebenarnya tidak, Nak masak Dodol bukan la susah sangat, cuma ambil masa lebih kurang 45minit ke 1jam. Jom kita masak sendiri untuk kuantiti yang sikit, cukuplah satu family kecil kita makan.



Bahan-bahan nya :
  1. 2 Cawan Santan Pekat
  2. 2 Cawan Gula Merah
  3. 1 Cawan Gula Pasir
  4. 2 Cawan Tepung Pulut
  5. 1 Cawan Air
  6. Garam
  7. Daun Pandan
Gambar bahan-bahan Mamajue - Google 


Cara-caranya adalah : 
  1. Masukkan Gula Merah dan Gula Pasir bersama 1 Cawan Air ke dalam kuali
  2. Simpulkan Daun Pandan dan masukkan ke dalam kuali , kemudian kacau sehingga gula menjadi larut di dalam air dan Tapiskan air gula itu. 
  3. Di bekas yang lain, Bancuhkan Santan Pekat bersama Tepung Pulut, Kacau sehingga sebati dan tapiskan bancuhan tiu. 
  4. Kemudian, Gabungkan kedua-kedua bancuhan (Air Gula bersama bancuhan Santan & Tepung tadi) ke dalam Kuali, Taburkan sedikit Garam untuk menaikkan rasa lemak-lemak manis.
  5. Sejurus selepas itu, Masakkan adunan di atas api yang sederhana dan pastikan ia sentiasa dikacau sehingga menjadi pekat. Jangka masa untuk menggacau adunannya dalam lebih kurang 45minit. 
  6. Bila sudah pekat , kenyal dan warnanya bertukar menjadi gelap , ia menandakan Dodol sudah siap dimasak. Boleh la, tuang ke dalam loyang atau talam kecil. 
  7. Biarkan ia sejukkan terlebih dulu supaya mudah untuk di potong nanti.
  8. Senangkan.. Maknanya hari-hari boleh nikmati Dodol.



0 Response to "Resepi Dodol Express"

Post a Comment