Resepi Tomyam Seafood Merah

Hah, musim hujan ini, pasti ramai yang ingin menyediakan masakan panas yang terbaik untuk seisi keluarga yang tersayang. Jom kita try tengok resepi Tomyam Merah ini, sangat mudah untuk disediakan.Pastinya ia boleh dihirup begitu sahaja atau dinikmati bersama Nasi Putih atau Mee Kuning atau Bihun sebagai Sup. ermm..Menyegarkan



Bahan A:
  • 1 Liter Air 
  • 4 Batang Serai (dititik dan dipotong serong)
  • 1 Inci Lengkuas sebesar ibu jari (dihiris kasar)
  • 5 Biji Bawang Putih (dititik kasar)
  • 10 Helai Daun Limau Purut ( dikoyak)
  • 10 Tangkai Cili Padi ( Dipotong serong atau diketuk kasar)
Bahan B:
  • 1/2 kg seafood (Sotong, Udang, Lala-lala, Kupang) 
  • Semangkuk Cendawan Tiram / Butang / enoki*(boleh tambah lagi sayur sayuran kegemaran individu)
  • 3 Biji Tomato * Potong macam wedges)
  • 2 Biji Bawang Bombay (*Potong macam wedges)
  • Segenggam Daun Ketumbar (*dihiris kasar)
  • Gula*secukup rasa
  • Garam *secukup rasa
  • 8-12 Sudu Besar Sos Ikan (ikut cita rasa)
  • 10-12 sudu perahan limau (ikut tahap kemasaman yg dikehendaki)

Bahan C :
  • 3 sudu besar Thai chili paste atau lebih untuk kuah yang pekat
  • 10 sudu besar susu cair

Cara - Cara untuk menyediakan Tomyam Merah 
  1. Didihkan Air dan masukkan kesemua Bahan A kedalam periuk, rebus hingga mendidih dan mengeluarkan bau serta perisa dari Serai, Lengkuas dan Daun Limau Purut
  2. Kemudian masukkan kesemua seafood (Udang, Sotong, Lala-lala, Kupang), selepas itu masukkan cendawan dan Tomato, Bawang Besar dan Daun Ketumbar. 
  3. Perisakan kuah dengan Sos Ikan, Chili Thai Paste ,Susu Cair , Garam dan Gula secukup rasa. 
  4. Padamkan Api dan masukkan Perahan Jus Perahan Limau Purut. 
  5. Dah Siap , Tomyam yang lemak berkrim macam dekat kedai tu.
  6. Selamat Mencuba

0 Response to "Resepi Tomyam Seafood Merah"

Post a Comment