Cara untuk membuat Ikan Pekasam

Mercik habis bila tengok gambar ..terliur bagi mereka yang newbies2 mungkin tidak tahan dengan bau Ikan pekasam ini, tapi bila sudah rasa..confirm gerenti bertambah laa nasi nya...memang membuka selera habis.. Jom try buat sendiri Ikan Pekasam.. Kebersihan dan kesedapan pasti terjamin..





Bahan-Bahan yang Penting:

  1. Ikan – Biasanya orang buat ikan pekasam menggunakan ikan air tawar. Seperti Ikan Puyu, Ikan Talapia, Ikan Lampam,  Tapi tak ada masalah kalau hendak guna ikan laut seperti ikan gelama. Ikan itu mestilah dibersihkan dengan sebersih bersihnya. Perut ikan mesti dicuci sampai bersih. Ini untuk mengelakkan ikan mudah di hurungi lalat selain menjaga kebersihan makanan kita.
  2. Garam – Sekilogram Ikan bersamaan 100 gram garam yang akan digunakan.
  3. Beras – Disangai terlebih dahulu (goreng tanpa guna minyak). Siap disangai, tumbuk sampai sederhana lumat.
  4. Asam keping – Ada juga orang yang tidak letak asam jawa atau asam keping. Sebabnya, beras yang kita letak pada ikan itu sebenarnya pun sudah memasamkan ikan melalui cara penapaian. Terpulang pada anda.

Cara Membuat:

  1. Setelah Ikan siap dibersihkan, masukkan Garam anggaran 1 kilogram Ikan mesti guna 100 gram Garam. Masuk dalam bekas. tutup bekas tu. Simpan dalam peti ais semalaman,
  2. Kemudian ambil beras yang sudah disangai dan ditumbuk itu lalu gaulkan dengan ikan yang sudah disimpan tadi. Lagi banyak beras lagi nampak menarik. Sebabnya, nanti bila digoreng, beras inilah yang akan menjadi serbuk pekasam itu. Tinggalkan sedikit beras untuk tuang di atas ikan yang telah siap disusun nanti.
  3. Cari bekas yang bertutup sangat rapat. Susun ikan tadi ke dalam bekas, setiap susunan ikan tadi letakkan asam keping 1-2 keping.
  4. Masukkan air garam yang telah dimasak di atas api sederhana. Selepas sejuk air garam tu masukkan ke dalam bekas ikan tadi sehingga kesemua ikan tadi terendam.
  5. Tuang beras lebihan yang telah ditumbuk tadi ke dalam bekas ikan.
  6. Akhir sekali tutup bekas dengan rapat. Letak plastik kat bawah penutup tu supaya betul betul ketat. Ikan pekasam boleh dimasak selepas 2-3 minggu. 

0 Response to "Cara untuk membuat Ikan Pekasam"

Post a Comment