Resepi Ayam Goreng Sos Lemon Sunquick

Memandangkan CNY sudah hampir, saya ingin kongsikan resepi yang sangat simple tetapi menarik untuk kita sama2 praktikan. hehe.. Jom kita cuba buat resepi Chinese Style ini, bahan untuk buat sos yang istimewa ini pun menggunakan pati sunquick.

Sumber dari google

Bahan-bahan untuk menggoreng Ayam - (senang dan lengkap boleh guna Tepung Serbaguna)
  • 3 Keping daging Ayam
  • 4 Sudu Besar Tepung Beras
  • 4 Sudu Besar Tepung Gandum
  • 1 Biji Telur Ayam - Putih Sahaja
  • 1 Sudu Kecil - Serbuk Lada Putih
  • 1 kuib pati ayam maggi -cukup rasa
  • Minyak masak untuk menggoreng - deep fried
Cara memasak ayam 
  1. Gaulkan Daging ayam bersama serbuk pati ayam secukup rasa, kemudian celupkan dengan telur putih
  2. Selepas tium campurkan tepung Jagung dan Tepung Beras , Serbuk Lada Putihm Tepung Gandum dan Gaul sebati, kemudian celup kan ayam di dalam adunan tepung ini
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan deep fried sehingga menjadi kuning keemasan
  4. Angkat dan toskan minyak dan potong keping daging ayam -untuk lebih kecil
Bahan-bahan untuk membuat Sos Lemon
  • 3 Sudu Besar Jus Lemon
  • 4 Sudu Besar Pati Oren Sunquick
  • 3 Ulas Bawang Putih- dicincang
  • Jus Oren - 2 Biji Limau Sunkist
  • 2 Sudu Besar Mentega
  • 2 Sudu Kecil Tepung Jagung - dibancuh dengan 3/4 cawa air
  • 1 Biji Bawang Besar - Dicincang separa halus
  • 1 Sudu Besar Sos Plum
  • 1 Sudu Besar - Stok Pekat Ayam Jenama Maggi




Cara-cara untuk membuat Sos
  1. Panaskan mentega kemudian Gorengkan Bawang Putih dan Bawang Besar sehingga Kekuningan.
  2. Masukkan Jus Oren Sunkist, Sos Plum , Stok Ayam , Jus Lemon dan Pati Oren Sunquick
  3. kacau dan masak sehingga mendidih dengan api yang kecil, kemudian masukkan bancuhan Air Tepung Jagung dan teruskan menggacau sehingga sos menjadi pekat
  4. Padamkan api dapur, Boleh la tuangkan dan siramkan sos di atas Ayam Goreng tadi.
  5. Selamat Mencuba

0 Response to "Resepi Ayam Goreng Sos Lemon Sunquick"

Post a Comment