Resepi Ayam Szechuan Kacang Gajus

Bahan-bahan untuk resepi adalah




  • 3 Keping Dada Ayam (bahagian lain pun boleh kalau suka)
  • 2 Sudu Besar Kicap Manis cap kipas udang
  • 2 Sudu Sos Tiram 
  • Segenggam Kacang Gajus (cashewnuts)
  • 10 Batang Cili Kering -direndam dan potong satu inci dan tos kering
  • 4 Biji Bawang Putih - diketuk
  • 2 Biji Bawang Besar - dibelah empat dan dicerai-ceraikan
  • 2 Inci Halia Muda - dihiris nipis nipis
  • 1 Sudu Besar Tepung Jagung - dibancuh dengan air
  • Minyak Bijan
  • Minyak Masak
Cara membuatnya:
  1. Bersihkan Ayam - potong dadu
  2. Panaskan kuali dan minyak. Bolehla mula untuk menggoreng Cili Kering sehingga garing. 
  3. Angkat dan Toskan Cili kering yang garing itu.
  4. Panaskan kuali dan minyak lagi sekali, tumiskan Bawang Putih dan Halia Muda.
  5. Masukkan isi ayam dan gaulkan sebati bersama Bawang putih dan halia muda, kemudian masuk kan Kicap Manis dan Sos Tiram terus gaul hingga rata. 
  6. Pelahan kan api dan masukkan Bawang Besar , serta air bancuhan tepung jagung. 
  7. Gaul pantas hingga nampak air tepung tadi menjadi pekat dan sebati dengan ayam.
  8. Selepas itu, masukkan Cili kering yang digoreng tadi, bersama kacang gajus dan titiskan beberapa titik minyak bijan. 
  9. Selamat Mencuba. 


0 Response to "Resepi Ayam Szechuan Kacang Gajus"

Post a Comment