Resepi Pie Tee Singapore

Pada sesiapa yang gemar, kudap-kudap seperti Papedom, Keropok Ikan selain ulam ketika sedang menikmati makan tengahari dan Malam. Jom kita cuba resepi Pie Tee ini, sesuai juga dicolek dengan Sos Thai.




Bahan-Bahan untuk Adunan Tepung - Shell Pie Tee
  • 1 Cawan Tepung Beras
  • 2 Sudu Besar Tepung Gandum
  • 2 Sudu Besar Tepung Jagung
  • 1 Biji Telur
  • 350 ml Air
  • Garam *secukup rasa
  • Minyak masak *untuk menggoreng

Cara-cara untuk bancuhan tepung Pie Tee

  1. Kisar semua bahan diatas sehingga sebati
  2. Tetapi mesti ingat supaya Adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair 
  3. Jika terlalu pekat, shell Pie Tee akan tebal dan keras dan 
  4. Jika terlalu cair, shell Pie Tee akan menjadi nipis dan sangat rapuh
  5. Panas kan minyak, dan sediakan acuan untuk menggoreng cengkerang (shell)Pie Tee
Bahan-bahan untuk Inti Sayur Pie Tee
  • 1 Biji Sengkuang - dihiris memanjang dan nipis
  • 1 Batang Lobak Merah - dihiris memanjang dan nipis
  • 1 Batang Timun - dihiris memanjang dan nipis
  • 3 Ulas Bawang Merah - dikisar
  • 3 Ulas Bawang Putih - dikisar
  • Udang Kering - direndam jadi lembut dan kisar
  • Bawang Goreng
Cara-cara untuk memasak Inti Sayur Pie Tee ( boleh digoreng atau direbus) 
  1. Tumis Bawang Merah dan Bawang Putih
  2. Masukkan Udang Kering, tumis ketiga-ketiga bahan sehingga wangi 
  3. masukkan Sengkuang, Timun dan Lobak Merah, Masak sekejap sahaja.
  4. Taburkan Garam dan Gula secukup rasa.
  5. Sejukkan dan Masukkan/ Sumbat dalam Shell Pie Tee 
  6. Jangan lupa taburkan Bawang Goreng untuk menambahkan kesedapan  Pie Tee. 



0 Response to "Resepi Pie Tee Singapore"

Post a Comment